Kalium

Kalium adalah sejenis mineral dalam badan manusia yang memainkan peranan penting dalam fungsi jantung and pengecutan otot.

 

Apabila ginjal gagal berfungsi, pengambilan kalium yang berlebihan akan menyebabkan aras kalium tinggi dalam darah dan anda akan mengalami denyutan jantung yang tidak sekata, lemah dan sesak nafas.

 

Oleh itu, anda harus mengehadkan pengambilan kalium apabila aras kalium darah tinggi.

 

Aras potassium anda adalah mg/dL (Julat normal: 3.5 – 5.0mg/dL).

 

ELAKKAN makanan yang tinggi kandungan kalium seperti:

  • Bijirin, roti dan biskut penuh gandum.
  • Kacang dan hasil produk, contohnya coklat, mentega kacang.
  • Kelapa dan hasil produk, contohnya santan, kaya.
  • Jus sayur-sayuran dan jus buah-buahan , minuman tradisional herbal, teh dan kopi
    pekat, susu, minuman mengandungi koko dan malt, arak
  • Gula perang, molasses, sirap mapel, tofi, liquorice
  • Gantian garam tinggi kalium, sos botol, pati daging dan sayur-sayuran, pati ayam,
    kiub perisa (seperti kiub ayam).
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan kalium.

 

Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang rendah dan sederhana kandungan kalium dalam diet seharian.

Buah-buahan – Hadkan kepada 2 hidangan sehari
Rendah
< 150mg kalium satu hidangan
Sederhana
150 – 250mg kalium satu hidangan
Tinggi
> 250mg kalium
satu hidangan
Epal (kecil) 1 biji
Beri biru 1⁄2 cawan
Kranberi 100g
Durian 2 ulas
Dragon fruit 1⁄2 buah
Buah anggur 10 biji
Limau gedang (Grapefruit) 1⁄2 buah
Jambu batu 1⁄2 buah
Lemon (Kecil) 1 biji
Limau 1 biji
Longan 10 biji
Manggis 4 biji
Buah pir (kecil) 1 biji
Nanas 1 potong
Rambutan 4 biji
Jambu air 4 biji
Semangka/Tembikai 1 potong
Buah dalam tin (jus dibuang) 1⁄2 cawan
Buah ceri 10 biji
Buah ceri 10 biji
Ciku 1 1⁄2 biji
Duku 10 biji
Langsat 10 biji
Laici 6 biji
Oren (kecil) 1 biji
Betik 1 potong
Buah Markisa 3 1⁄2 biji
Buah pic 1 biji
Persimmon 1 biji
Buah plum 2 biji
Limau Betawi (Pomelo) 3 segmen
Raspberi 1 cawan
Strawberi 1 cawan
Limau mandarin 1 biji
Aprikot (kecil) 4 biji
Buah Avokado 1 biji
Pisang (kecil) 1 biji
Buah nona (Custard apple) 1 biji
Kurma 2 biji
Figs (kecil) 2 biji
Tembikai susu 1 potong
Nanga 2 ulas
Kiwi (sederhana) 1 biji
Mangga 1⁄2 biji
Nektarin 1 biji
Buah delima (Pomegranate) 1⁄2 biji
Prun 4 biji
Rockmelon 1 potong
Durian Belanda 1 potong
Buah kering eg. kismis 20g

 

Sayur-sayuran – Hadkan kepada 2 hidangan sehari
1 hidangan = 100g (3/4 cawan) masak; 100g sayur buah (mentah); 150g mentah
Rendah
< 200mg kalium satu hidangan
Sederhana
200 – 350mg kalium satu hidangan
Tinggi
< 350mg kalium satu hidangan
Taugeh
Terung
Kobis
Cili benggala (Capsicum)
Lobak merah (Beku/dididihkan)
Timun
Kacang buncis
Kacang botor
Labu – semua jenis
Timun bulu
Kangkung
Daun salad
Kacang panjang
Sayur campur (Beku/dididihkan)
Cendawan
– Tin, air dibuang
– Kering, selepas rendam air dan air dibuang Bawang
Kacang pis (beku/dididihkan)
Rubarb (Rhubarb)
Daun bawang
Tempeh
Sengkuang
Kundur (Winter melon)
Zukini (Zucchini)
Pucuk Asparagus
Kobis Cina (Pak-Choy)
Kobis bunga
Lobak merah
Seleri / daun seladeri
Kucai
Cili (hijau/merah)
Kacang bendi
Leeks (Tai-suen)
Lentil (dididihkan/dhal)
Kacang cina (Lima bean)
Kacang pea (mentah/kering)
Snow peas
Labu merah (Pumpkin)
Jagung (Beku/dididihkan)
Tomato (mentah, dalam tin)
Rebung (Bamboo shoot)
Brokoli
Sawi
Kacang kuda (Chick peas)
Pucuk paku
Cendawan segar
Kai Lan
Kau Kei
Akar teratai
Petai
Jantung pisang
Ubi kentang
Seaweed
Bayam
Ubi keledek
Daun ubi keledek
Tomato (pes/puri)
Water chestnut
Ubi keladi

 

Amalan yang dapat mengurangkan kandungan kalium daripada makanan:

  1. Mengikut prosedur penyediaan seperti ditunjukkan di bawah.
    1. Potong sayur kepada saiz yang kecil.
    2. Rendamkan sayur dalam air suam selama 1 – 2 jam.
    3. Buangkan air rendaman sebelum masak.
    4. Gunakan banyak air untuk memasak sayur, air dibuangkan dan jangan menggunakan air masak sayur sebagai kuah.
    5. Pastikan sayur-sayuran sudah masak sebelum dihidangkan.
    6. Buangkan jus dan sirap daripada buah-buahan dan sayur-sayuran dalam tin.
    7. Rempah biji adalah lebih esuai digunakan daripada rempah dikisar.

Sila menghubungi pakar pemakanan untuk sebarang pertanyaan lanjut.

 

▼ Download PDF version