Protein
Fungsi protein adalah membina otot dan meningkatkan fungsi sistem keimunan badan.
Sekiranya anda tidak mengambil protein yang mencukupi, badan akan mengalami
- Degradasi tisu dan otot.
- Ini membawa kepada kehilangan otot dan meningkatkan risiko untuk jangkitan.
Apabila ginjal gagal berfungsi, pengambilan protein dalam kuantiti yang sederhana adalah sangat penting. Pengambilan protein yang berlebihan akan mengakibatkan pengumpulan bahan toksin dalam badan. Ini akan menyebabkan anda berasa loya, lemah, penat, sesak nafas dan hilang selera makan.
Pengambilan protein anda adalah hidangan sehari.
Anda akan memerlukan hidangan protein sehari.
1 Hidangan Protein
Daging – 30g ~ ⅓ saiz tapak tangan ~ 1 saiz kotak mancis
Udang (Tanpa kulit) – 30g ~ 4 ekor sederhana
Putih telur – 70g ~ 2 biji
Telur – 60g ~ 1 biji
Legume (mentah) – 30g ~ ¼ cawan
Tauhoo – 80g ~ ½ keping
Bebola ikan – 70g ~ 3 biji sederhana
Ikan (bertulang) – 60g ~ ½ ekor sederhana
Sila hubungi pakar pemakanan untuk sebarang pertanyaan.