Suggestions on gifts for dialysis patients (Malay)

Cadangan Hadiah untuk Pesakit Dialisis

 

Adakah kawan atau saudara anda sedang menerima rawatandialysis? Pernahkah anda risau pada apakah hadiah yang sesuai untuk mereka pada
hari keistimewaan (hari jadi, hari perayaan dan sebagainya)? Jangan risau! Yangberikut adalah cadangan hadiah-hadiah yang boleh memanfaatkan pesakit dialysisyang perlu mengawal pengambilan makanan dan air.


Kategori Makanan

Makanan adalah sangat penting untuk kita.Pesakit dialsis perlu mengambil perhatian terhadap sesetengah zat makanan termasuk protein, fosfat, kalium, cecair, dan karbohidrat(jika beliau seorang pesakit kencing manis).

Tip!

  • Ingatkan kawankawan anda buat ujian darah secara berkala.
  • Makan secara seimbang.

1. Bakul Buah-buahan yang kaya Antioksida

Buah-buahan mengandungi antioksida dan serat makanan yang memanfaatkan badan. Pilih buah-buahan yang rendah, sederhana atau tinggi kalium mengikut keperluan mereka.

 

Rendah kalium Sederhana kalium Tinggi kalium
Epal, beri biru , buah naga, anggur, jambu batu, buah lemon, limau kasturi, longan, manggis, buah pir,
nanas, jambu air, tembikai.
Buah ceri, ciku, laici, duku, langsat, oren, betik, buah pic, buah plum, strawberi, raspberi, limau
mandarin.
Aprikot, buah avocado, pisang, tembikai susu, buah nangka, mangga, kiwi, prun, buah noni, nektarin, buah delima, figs, kurma, bua kering, durian belanda

suggestion_on_gifts_for_dialysis_patient-1_03

2. Snek Tenaga

Pilihan Tak Manis(Sumber protin dan tenaga) Pilihan Manis(Sumber tenaga)
Tart telur, karipap ayam, pau ayam, pai ayam,roti ayam, roti tuna, ayam wrap, roll ayam,kebab ayam/kambing, tikka ayam/kambing,gyōza, ayam/tuna/telur sandwic, satay(tanpa/sedikit kuah kacang) Tart nanas, muffin (elakkan kacang dan coklat),kek kukus, kek chiffon, waffle (elakkan perisa coklat)

Nota:

  • Jika anda membuat kek atau muffin, sila kurangkan kandungan gula dan lemak yang digunakan dalam kek atau muffin itu. Anda juga boleh menggantikan serbuk penaik dengan krim tatar dan baking soda
  • Hidangkan makanan yang panas semasa panas dan hidangkan makanan sejuk semasa it masih sejuk. Pastikan ada cukup masa untuk menyimpan makanan beku atau makanan yang mudah dimakan untuk mengelakkan ia menjadi rosak.

 

suggestion_on_gifts_for_dialysis_patient-1_07

3. Sumber Protin Eksotik

  • Sarang burung, gamat, dan abalone adalah sumber protein yang bagus dan rendah dengan kalium dan fosfat.

suggestion_on_gifts_for_dialysis_patient-2_03

4. Hidangan bercadang: 100-250ml paket individu


suggestion_on_gifts_for_dialysis_patient-2_07

Air mineral, teh uncang, air barli, teh Cina, teh tanpa susu, kopi tanpa susu, air tebu, teh kekwa, air sirap, jus lemon, pudding yang dibuat daripada krimmer bukan tenusu, susu beras yang tanpa diperkayakan.
** Kawal pengambilan air adalah amat penting untuk pesakit dialsis kerana keupayaan mereka membuangkan air kencing terjejas disebabkan oleh penyakit mereka.


Hadian yang Bukan Makanan

1. Peralatan dapur adalah bergunauntuk pesakit dialsis. Pesakit dialsis dapat menikmati makanan yang sihat dan berkhiasat melalui memasak di rumah.

  •    a. Ketuhar
  •    b. Pengukus elektrik/periuk nasi elektrik
  •    c. Kuali tidak melekat
  •    d. Periuk masak perlahan
  •    e. Bekas makanan tahan panas
  •    f. Bekas makanan
  •    g. Air botol 500ml
  •    h. Vakum flask botol termos (250ml)
suggestion_on_gifts_for_dialysis_patient-2_11

 

Jika kawan atau saudara anda yang menerima rawatan dialisis ada sebarang pertanyaan, sila galakkan mereka menghubungi doktor, jururawat atau pakar pemakanan mereka.