Potassium (Malay)

Kalium (Potassium)

 

Kalium adalah sejenis mineral dalam badan manusia yang memainkan peranan penting dalam fungsi jantung and pengecutan otot
Apabila ginjal gagal berfungsi, pengambilan kalium yang berlebihan akan menyebabkan aras kalium tinggi dalam darah dan anda akan mengalami denyutan jantung yang tidak sekata, lemah dan sesak nafas.
Oleh itu, anda harus mengehadkan pengambilan kalium apabila aras kalium darah tinggi.
Aras potassium anda adalah              mg/dL (Julat normal: 3.5 – 5.0mg/dL).
ELAKKAN makanan yang tinggi kandungan kalium seperti:

  • Bijirin, roti dan biskut penuh gandum.
  • Kacang dan hasil produk, contohnya coklat, mentega kacang.
  • Kelapa dan hasil produk, contohnya santan, kaya.
  • Jus sayur-sayuran dan jus buah-buahan , minuman tradisional herbal, teh dan kopi pekat, susu, minuman mengandungi koko dan malt, arak
  • Gula perang, molasses, sirap mapel, tofi, liquorice
  • Gantian garam tinggi kalium, sos botol, pati daging dan sayur-sayuran, pati ayam, kiub perisa (seperti kiub ayam).
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan kalium

Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang rendah dan sederhana kandungan kalium dalam diet seharian.

Buah-buahan – Hadkan kepada 2 hidangan sehari
Low ← 150mg potassium per serving Sederhana 150 – 250mg kalium satu hidangan Tinggi > 250mg kalium satu hidangan
Epal (kecil) 1 biji Buah ceri 10 biji Aprikot (kecil) 4 biji
Beri biru ½ cawan Ciku 1½ biji Buah Avokado 1 biji
Kranberi (Cranberry) 100g Duku 10 biji Pisang (kecil) 1 biji
Durian 2 ulas Langsat 10 biji Buah nona (Custard apple) 1 biji
Dragon fruit ½ buah Laici 6 biji Kurma 2 biji
Buah anggur 10 biji Oren (kecil) 1 biji Figs (kecil) 2 biji
Limau gedang (Grapefruit) ½ buah Betik 1 potong Tembikai susu 1 potong
Jambu batu ½ buah Buah Markisa 3 ½ biji Nangka 2 ulas
Lemon (Kecil) 1 biji Buah pic 1 biji Kiwi (sederhana) 1 bij
Limau 1 biji Persimmon 1 biji Mangga ½ biji
Longan 10 biji Buah plum 2 biji Nektarin 1 biji
Manggis 4 biji Limau Betawi (Pomelo) 3 segmen Buah delima (Pomegranate) ½ biji
Buah pir (kecil) 1 biji Raspberi 1 cawan Prun 4 biji
Nanas 1 potong Strawberi 1 cawan Durian Belanda 1 potong
Rambutan 4 biji Limau mandarin 1 biji Buah kering eg. kismis 20g
Jambu air 4 biji Rockmelon 1 potong
Semangka/Tembikai 1 potong
Buah dalam tin (jus dibuang) ½ cawan

 

KobisKobis bungaSawi

Sayur-sayuran – Hadkan kepada 2 hidangan sehari
1 hidangan = 100g (3/4 cawan) masak; 100g sayur buah (mentah); 150g mentah
Rendah < 150mg kalium satu hidangan Sederhana 200 – 350mg kalium satu hidangan Tinggi &rt; 350mg kalium satu hidangan
Taugeh Pucuk Asparagus Rebung (Bamboo shoot)
Terung Kobis Cina (Pak Choy) Brokoli
Cili benggala (Capsicum) Lobak merah Kacang kuda (Chick peas)
Lobak merah (Beku/dididihkan) Seleri / daun seladeri Pucuk paku
Timun Kucai Cendawan Segar
Kacang buncis Cili (hijau/merah) Kai Lan
Kacang botor Kacang bendi Kau Kei
Labu – semua jenis Leeks (Tai-suen) Akar Teratai
Timun bulu Lentil (dididihkan/dhal) Petai
Kangkung Kacang cina (Lima bean) Jantung Pisang
Daun salad Kacang pea (mentah/kering) Ubi Kentang
Kacang panjang Snow Peas Seaweed
Sayur campur (Beku/dididihkan) Labu Merah (Pumpkin) Bayam
Cendawan (Tin, air dibuang) Jagung (Beku/dididihkan) Ubi Keledek
Cendawan (Kering, selepas rendam air, dan air dibuang) Tomato (mentah, dalam tin) Daun Ubi Keledek
Bawang Tomato (pes/puri)
Kacang pis (beku/dididihkan) Water Chestnut
Rubarb (Rhubarb) Ubi Keladi
Daun bawang
Tempeh
Sengkuang
Kundur (Winter melon)
Zukini (Zucchini)

Amalan yang dapat mengurangkan kandungan kalium daripada makanan:

  • 1. Mengikut prosedur penyediaan seperti ditunjukkan di bawah.
    •   Potong sayur kepada saiz yang kecil.
    •   Rendamkan sayur dalam air suam selama 1 – 2 jam.
    •   Buangkan air rendaman sebelum masak.
    •   Gunakan banyak air untuk memasak sayur, air dibuangkan dan jangan menggunakan air masak sayur sebagai kuah.
    •   Pastikan sayur-sayuran sudah masak sebelum dihidangkan
  • 2. Buangkan jus dan sirap daripada buah-buahan dan sayur-sayuran dalam tin
  • 3. Rempah biji adalah lebih esuai digunakan daripada rempah dikisar.

 

Sila menghubungi pakar pemakanan untuk sebarang pertanyaan lanjut.

 

 

▼ Download PDF version