Fluid (Malay)

PENGHADAN PENGAMBILAN CECAIR

 

Ginjal yang sihat mengawal keseimbangan cecair dan menyingkirkan bahan toksin dalam badan. Apabila ginjal gagal berfungsi, hemodialisis akan mengeluarkan cecair dan bahan toksin dalam badan tetapi kurang berkesan berbanding dengan ginjal yang sihat. Peningkatan berat badan antara sesi dialisis adalah disebabkan oleh pengumpulan cecair antara rawatan dialisis
Pengambilan cecair yang berlebihan akan membawa kepada peningkaran berat badan yang memberikan kesan buruk kepada badan, iaitu:

  • Bengkak pada bahagian kaki, pergelangan kaki, pergelangan tangan dan muka
  • Sesak nafas kerana pengumpulan cecair di peparu
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah jantung, contohnya denyutan jantung cepat, kelemahan otot jantung dan pembesaran jantung
  • Kekejangan otot dan penurunan tekanan darah selepas rawatan dialysis. Anda mungkin mengalami loya, pening dan lemah.

 

Segala makanan atau minuman yang wujud sebagai cecair pada suhu bilik mengandungi cecair. Contoh cecair adalah air minuman, teh, kopi, jus, sup, minuman bergas, minuman alkohol, bubur, kuah, agar-agar, ais, makanan pencuci mulut sejuk beku dan ais-krim.

 

Anda boleh menggunakan sukatan seperti di bawah untuk menganggar kandungan air.

Sukatan Kuantiti (ml)
1 sudu makan 15
1 sudu sup Cina 30
1 ketul ais kiub 20
1 suap penuh 30
1 mangkuk bubuh 100
1 cawan teh 150
1 cawan 250
1 botol air mineral (500ml) 500

 

Saranan untuk menghadkan pengambilan cecair dengan berkesan!!

  • Menyukat dan menyediakan cecair yang disarankan dengan air botol. Rancangkan dan agihkan cecair yang boleh diminum sepanjang hari
    termasuk air untuk mengambil ubat.
  • Menghisap ais kiub, gula masam atau potongan limau asam untuk merangsang perembesan air liur.
  • Minum daripada cawan yang bersaiz kecil.
  • Basuh mulut dengan air.
  • Elakkan pengambilan makanan masin untuk mengurangkan rasa haus.
  • Mengawal gula darah dalam julat normal.

Anda disarankan minum               ml sehari (=               cawan sehari)

Sila mendapatkan penerangan lanjut daripada pakar pemakanan untuk sebarang pertanyaan.

▼ Download PDF version