Low sodium diet for CKD patients (Malay)

Diet Rendah Natrium (Sodium) untuk Pesakit Buah Pinggang

 

Apa itu Natrium?

Natrium adalah sejenis mineral yang penting untuk mengekalkan keseimbangan cecair di dalam dan di sekitar sel-sel tubuh badan kita. Garam mengandungi 40% natrium dan ia adalah salah satu sumber utama natrium dalam pemakanan kita. Sos, perasa, pengawet makanan, makanan diawet dan makanan dalam tin mengandungi natrium yang tinggi.

Natrium & Kesihatan

Natrium meningkatkan tekanan darah sesetengah orang kerana ia memegang cecair berlebihan dalam badan dan ini memberikan bebanan tambahan pada jantung kita. Tekanan darah meningkat dengan perlanjutan usia kita, dan pemakanan yang kurang natrium akan dapat mencegah kenaikan itu dan mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan natrium terlalu tinggi dalam darah seperti strok, penyakit jantung, osteoporosis, kanser perut dan penyakit buah pinggang.

Natrium & kegagalan buah pinggang

Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang akan hilang keupayaan untuk mengekalkan keseimbangan natrium dan mineral-mineral lain dalam badan. Pemakanan yang tinggi natrium akan meningkatkan natrium dalam pengaliran darah dan ia akan mengakibatkan tekanan darah meningkat. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh mengakibatkan serangan jantung (heart attack) dan strok. Selain ini, pengambilan natrium yang berlebihan juga akan mengganggu kesan ubat tekanan darah tinggi anda. Natrium yang berlebihan di dalam badan boleh mengakibatkan:

  • Dahaga
  • Kaki dan badan bengkak
  • Rasa kurang sihat semasa dialisis

Untuk mengelakkan masalah-masalah ini, anda perlu mengehadkan jumlah pengambilan natrium dalam pemakanan anda.

Berapakah had pengambilan harian?

Hadkan pengambilan garam kurang daripada 1 sudu teh (5g) sehari kerana ia mengandungi kira-kira 2000 mg Natrium.

Kandungan Natrium dalam perasa yang biasa digunakan

Sos/ perasa Sukatan Natrium (mg)
Garam 1 Sudu Teh 2000
Kiub stok 1 Sudu Teh 920
Gantian Garam (Garam Kalium) 1 Sudu Teh 865
MSG 1 Sudu Teh 620
Sos Tiram 1 Sudu Teh 345
Sos Soya Cair 1 Sudu Teh 365
Sos Soya Pekat 1 Sudu Teh 203
Sos Tomato 1 Sudu Teh 114
Sos Cili 1 Sudu Teh 57

Natrium yang tersembunyi dalam makanan

Natrium terdapat dalam banyak makanan proses dengan nama yang berlainan. Jika tiga bahan utama dalam senarai kandungan produk makanan yang anda beli mempunyai bentuk natrium seperti yang disenarai di bawah, makanan tersebut berkemungkinan besar mengandungi natrium yang tinggi. Contoh bentuk natrium adalah:

  • Garam batu/ garam laut/ Garam beriodin
  • Air garam
  • Mono-sodium glutamat (MSG) (E621)
  • Natrium Klorida (NaCl)/ Garam
  • Sodium Bikarbonat (Soda Penaik)
  • Serbuk Penaik
  • Natrium Nitrit
  • Natrium Benzoat

Bagaimana jika saya makan di luar?

Kebanyakan makanan penjaja mengandungi jumlah natrium yang tinggi. Anda boleh memilih makanan yang lebih sihat dengan pilihan yang bijak.

Makanan Tinggi Kandungan Natrium Natrium (mg) Makanana Rendah Kandungan Natrium) Natrium (mg)
1 Pinggan Nasi Ayam* 1049 1 Pinggan Nasi Putih dengan Ayam Panggang* 80
1 Hidangan Kentang Goreng Kecil* 190 1 Hidangan Kentang Panggang tanpa Keju* 17
1 Mangkuk Mee Siam dengan Kuah* 2659 1 Mangkuk Mee Siam (Tanpa Kuah)* 1008

Bagaimana pula dengan snek?

Makanan ringan biasanya mangandungi natrium yang tinggi. Tetapi, anda boleh memilih makanan ringan yang mengandungi natrium yang lebih rendah.

Makanan Tinggi Kandungan Natrium Natrium (mg) Makanana Rendah Kandungan Natrium)  Natrium (mg)
Karipap/Epok-epok (71g)* 183 Tart Telur (64g)* 75
Kek Kukus (60g) 160 Kuih Lapis (69g) 72
Bubur Cha Cha 128 Chin Chau 53
Biskut dengan Isi krim (3 Keping) 171 Biskut Mentega (3 Keping) 36
Bun serunding ayam * (1 biji) 1328 Bun Manis (1 biji) 57

My Pantry List

Makanan Tinggi Kandungan Natrium Natrium (mg) Makanana Rendah Kandungan Natrium) Natrium (mg)
Daging Proses/ Ham (1 keping)* 320 Daging/ Ayam yang Segar 18
Kobis Masin (100g)* 1860 Kobis Segar (100g) 34
Asam boi (50g)* 990 1 plum kecil yang segar 1
Mi Segera berperisa Kari (83g) 1498 Mi Segera (tanpa perisa), masak dengan rempah semulajadi (Pasli, Bawang Putih & Pepper) (83g) 234
Mentega(50g) 357 Mentega tanpa garam (50g) 18
Tuna dalam Air Garam (100g) 298 Tuna dalam Air Tawar(100g) 152

Cara-cara mengurangkan pengambilan Natrium

  • Hadkan makanan yang tinggi kandungan natrium seperti makanan dalam tin dan makanan proses. Pilih makanan segar seperti sayur-sayuran, daging dan ayam
  • Apabila memasak di rumah, gunakan rempah, jus lemon atau perisa semula jadi seperti bawang merah, bawang putih dan pasli untuk meningkatkan rasa pada makanan tanpa menambah garam.
  • Pengganti garam tidak sesuai digunakan oleh pesakit buah piggang kerana ia mengandungi jumlah Kalium (Potassium) yang tinggi.
  • Elakkan makanan jeruk, sambal belacan, papadum atau chutney
  • Kurangkan makan di luar kerana kebanyakan makanan yang dijual di luar mengandungi garam yang tinggi.
  • Apabila makan di luar, minta kurang kuah, elakkan minum sup dan hadkan makanan diawet seperti ikan masin dan telur masin. Selain itu, minta makanan dimasak tanpa menambah garam, MSG atau kicap.
  • Apabila membeli makanan, pilihlah makanan yang ada simbol pilihan sihat (“Healthier Choice Symbol”) atau cap rendah kandungan Natrium (“Low in Sodium”) dan tiada tambahan garam (“No added salt”).
  • Bacakan label makanan dan bandingkan makanan yang serupa setiap 100g. Pilihlah makanan yang mengandungi Natrium yang lebih rendah.

 

 

▼ Download PDF version